SEMESTI



SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN atau SEMESTI mula dibina pada bulan September 1980. Awal tahun 1984 SEMESTI mula menerima pelajar baru. Letaknya kira-kira 13 km dari bandar Teluk Intan dan mempunyai keluasan 21.5 hektar.Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Noor bin Bakar PJK yang mula bertugas pada 1hb. Februari, 1984. Pada masa itu pelajarnya berjumlah 425 orang yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1 dan 4 serta kelas Pra Universiti, AET (Australian English Test). Dalam tahun 1985 pelajar GCE ‘A’ Level memulakan pengajian mereka di sekolah ini.SEMESTI pernah mencapai rekod yang cemerlang dalam bidang akademik. Dalam keputusan peperiksaan SPM 1986, SEMESTI mencapai 100% kelulusan (180 calon mendapat Gred 1, 6 calon mendapat Gred II dan 5 calon mendapat Gred III dan merupakan keputusan SPM terbaik di Malaysia. Keputusan SPM tahun 1987 sekali lagi SEMESTI mencapai kelulusan 100% (130 calon mendapat Gred I dan 3 calon mendapat Gred II) dan merupakan keputusan kedua terbaik di Malaysia.SEMESTI bukan sahaja memastikan pelajar mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik tetapi mahu melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam semua bidang. Bagi tujuan tersebut SEMESTI menyediakan segala kemudahan dalam bidang permainan. olahraga, persatuan, kelab, pasukan seragam dan keagamaan. Dengan menyediakan tempat penginapan yang selesa dan kemudahan rekreasi, maka diharapkan matlamat penubuhan SEMESTI akan tercapai.

   Pengetua SEMESTI 


ahmat.gif
En Ahmat bin Mahmud
B.Sc. Hons University of Leeds, England
(Disember 2010 hingga sekarang)






rosidi.gif
 En Ahmad Rosidi Ramley, AMN

 B.Sc. Ed.(Hons)UPM,Dip.Pengurusan Kualiti IAB 

(16 Februari 2008 - November 2010)




shaharuddin.jpg
Tn. Haji Shaharuddin bin Haji Mydin AMN,AMP

M.Sc.Management,B.A(Hons),Dip.Ed
(Mac 2001-Dis 2007)





hussain_gif.gif
Tn Haji Hussain Haji Harun,PPT

B.A(Hons)UKM,DIP.PEND UKM
(Nov 1996-Mac 2001)




alimudin_gif.gif
En. Alimuddin Hj. Mohd Dom,PPT

MSc (UPM),DIP. PEND. (UKM)
(Dis 1995-Nov 1996)




zabidi.gif
Tn. Haji Ahamad Zabidi Shansuddin

B.A (Hons)(U.M),DIP. ED
(1991-Dis 1995)




matnoor.gif

Tn. Haji Nor Bakar,PJK
B.A (Hons)(U.M) PLD,(TAIPING)
(1 Feb 1984-1991)





VISI
SEMESTI Berada Dalam Kalangan 10 SBP Terbaik Menjelang 2013

MISI 
1. Menjelang Tahun 2013 SEMESTI akan mencapai GPS PMR 1.0 dan GPS SPM 1.3
2. Kemenjadian sahsiah pelajar mencapai skor 6 dalam SKPM 2010 pada tahun 2013
    yang dibina atas enam perkara - kemas diri, yakin diri, mesra/sopan, tepat masa,
    kebersihan dan harta benda
3. Cemerlang kokurikulum menduduki 3 tangga teratas dalam sebarang pertandingan
4. Telus, cekap dan bersistematik
5. Warga kerja profesional
6. Prasarana kondusif
7. Hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti


MOTTO
Ilmu Teras Hidup

PIAGAM PELANGGAN 
Kami, guru dan staff SEMESTI dengan penuh tekad dan ikhtizam akan menumpukan seluruh tenaga dan berusaha untuk :

1. 
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasar jadual waktu tanpa gagal
2. Mengedar buku SPBT dalam masa 5 hari selepas sesi persekolahan bermula
3. Menjalankan kelas pengukuhan dan pemulihan bagi setiap tingkatan
4. Mengeluarkan keputusan peperiksaan dalam masa 4 minggu selepas peperiksaan tamat
5. Melibatkan 100% pelajar dalam aktiviti kokurikulum
6. Menjalankan latihan pasukan sekolah sekurang-kurangnya 10 jam secara sistematik
    sebelum bertanding atau 1 bulan bagi pasukan permainan/olahraga
7. Menyelesaikan tindakan disiplin tidak lebih dari 7 hari persekolahan kecuali melibatkan
    siasatan panjang
8. Mengurus surat-menyurat selewat-lewatnya 1 hari dari tarikh tutup atau tidak lebih dari
    3 hari dari tarikh terima
9. Semua bayaran dan tuntutan dibayar sebelum 14 hari dari tarikh terima invois/tuntutan
    
DESKRIPSI LOGO
logo-semesti-.gif
Merah Hati 
Kecermerlangan, keberanian, kemeriahan, keprihatinan
 
Putih
Bersih, amanah, jujur,keikhlasan,kebijaksanaan 

Hitam
 Kegigihan, kesetiaan,kecekalan 

Kuning
Ketaatan kenegaraan, ketaqwaan, keriangan
Buku
Ilmu pengetahuan sejagat

Kelapa Sawit
Persekitaran sekolah dikelilingi ladang kelapa sawit

Menara Condong
Tanda tempatan, sekolah didirikan, Bandar Teluk Intan

Kelalang Kon dan Atom
Ilmu dan aliran sekolah

Bulatan Besar
Fokus sekolah kepada teknologi dan industri

Bulatan Bersambung
Fokus sekolah kepada kokurikulum dan sukan

Pena
Fokus sekolah kepada bakal cendiakawan, sumber rujuk dan kesusasteraan



LAGU SEKOLAH
Membina insan harmoni
Membawa bahagia sejati
Berusaha bersama
Menempuh cabaran
Menuju kecermelangan
SEMESTI berusaha
SEMESTI berjaya
Jadikan ilmu teras hidup
Kecermelangan hasrat bersama
Keunggulan cita-cita
Dengan azam mulia
Gerakan bangsa
Padukan tenaga
Bersatu, berusaha, berjaya