Tuesday 11 October 2011

akhir tahun

tahniah kepada pelajar tingkatan 3 yang telah berjaya menamatkan perjuangan di medan peperangan PMR....
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5, semoga berjaya berjuang di medan SPM pada bulan hadapan...manakala pelajar tingkatan 1,2 dan 4 pula....diharapkan mendapat keputusan yang cemerlang pada kali ini...






Saturday 1 October 2011

keputusan pertandingan blog daerah

alhamdulillah...pertandingan merekayasa unit bimbingan dan kaunseling dah tamat...

keputusan sedikit memihak kepada pihak ubk semesti..

ubk semesti telah mendapat tempat ke-2...

walaupun agak sedih tidak mendapat johan..kami bersyukur dan insyaAllah kami akan cuba pada masa akan datang..

pada johan pertandingan smk seri perak, teluk intan tahniah kami ucapkan...

gambar sewaktu pertandingan akan dimuat naik tidak lama lagi..

Thursday 29 September 2011

best way of study at the eleventh hour..


discussion with friends..
make an output revision with several friends and you will see the difference in your result..
try your best...

adab berdoa untuk pelajar

sebagai pelajar, setiap usaha anda haruslah disertakan dengan doa. Dalam kehidupan sebagai pelajar, tidak semua yang berlaku boleh anda kawal. Anda tidak akan dapat meneka susunan takdir. Doa memberikan ketenangan dan motivasi, serta menyuluh jalan ketika susah dan senang. Kali ini, ikutlah beberapa petua tentang adab berdoa.

TIP 1 :
membersihkan rohani dan jasmani..

TIP 2 :
berdoa dengan khusyuk..

TIP 3 :
memahami maksud doa..

TIP 4 :
memilih waktu dan tempat yang sesuai..

TIP 5 :
berdoa dengan serius..

jadi..dengan adanya tip-tip yang berguna ini..amal-amalkan lah ya...

Saturday 24 September 2011

Cara-cara meningkatkan daya ingatan


Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, anda akan menghadapi peperiksaan yang penting tak lama lagi.Oleh itu pelbagai usaha yang perlu anda lakukan bagi mencapai apa yang anda inginkan.Berikut merupaka cara cara untuk meningkatkan daya ingatan kita:
  1. Elakkan makan kepala ikan
  2. Elakkan makan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, paru dan sebagainya
  3. Makan awal sebelum malam iaitu sebelum masuk maghrib
  4. Elakkan melakukan maksiat, perbanyakkan solat hajat dan zikir kepada Allah
  5. Elakkan minum sambil makan
  6. Elakkan daripada memandang najis
  7. Banyakkan makan kismis, kurma, buah tin, buah badam dan sebagainya yang berkhasiat dan bagus untuk minda
  8. Minum air Zam-zam
  9. Makan halia atau minum air halia
  10. Elakkan makanan yang diragui kehalalannya 
  11. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang
  12. Ambillah makanan tambahan yang boleh memperkuatkan daya ingatan
Antara makanan yang membantu dalam menguatkan daya ingatan ialah
  • Buah anggur hitam 
  • Kismis
  • Kurma 
  • Madu lebah 
  • Halia
  • Buah badam
  • Epal
  • Ikan tuna 
  • Tempe
  • Soya


Selain itu Oksigen juga penting dalam merangsang otak kita untuk sentiasa cergas dan aktif. Cara pernafasan yang paling efektif ialah tarik nafas sepanjang 7 kiraan, tahan untuk 14 kiraan dan hembus. Lakukan aktiviti ini secara berulang terutamanya ketika letih

Jangan lupakan kepada Allah kerana jika kita sentiasa ingat kepadaNya ia boleh menajamkan fikiran kita
amalkan zikir sebanyak yang boleh.

Friday 23 September 2011

Teori Kemahiran Pelajar

TEORI KEMAHIRAN BELAJAR STEPHEN R. COVEY

Bertanggungjawab pada diri sendiri

Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya

Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda 

Dahulukan mana yang penting 

Lakukanlah dahulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan .

Anggap anda berada dalam 'win win situation'

Anggaplah rakan yang anda banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik di dalam kelas

Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda

Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu unbtuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut.Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut

Cari penyelesaian yang lebih baik

Apabila anda tidak memahami  tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau guru pembimbing anda. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

Cabar diri sendiri secara berkesinambungan

Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengayikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.


Thursday 22 September 2011


SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH 
SAYA HANYA KALAH SEKIRANYA TIDAK BANGUN SEMULA
be the best cause you the key of your success

Sekali jatuh, dan tidak bangun semula untuk mengejar apa yang dicari ini bermakna kita kalah
dan sekiranya kita jatuh atau gagal sepuluh kali tetapi kita masih mampu berdiri dan bangun semula untuk mengejar semua impian dan harapan ini bermakna kita  tidak kalah 
hanya orang yang bagun dan terus bangun yang akan mencapai kejayaan di dalam hidup
Oleh itu dalam apa jua musibah yang terjadi jangan sesekali kita berputus asa kerana ia dapat memutuskan jalan kita untuk mencapai kejayaan, perbetulkan kesilapan dan nescaya kejayaan menanti anda


TUKARKAN "SAYA TAK BOLEH" KEPADA "SAYA BOLEH"

Semangat saya boleh akan memberikan rangsangan yang positif dan ia akan mondorong kita dalam mencapai visi hidup kita . Apabila kita bersifat optimis dan menyakini kebolehan diri sendiri, ia dapat menyalurkan tenaga tambahan yang diperlukan untuk berjaya di dalam sesebuah bidang
Jadi berkatalah"Saya Boleh" nescaya dengan usaha yang berterusan kita akan mencapai kejayaan.

SETIAP ORANG PERLU MENGHADAPI 2 KESAKITAN
SAKIT KERANA MENDISIPLINKAN DIRI
DAN SAKIT KERANA MENYESAL


Selalunya sakit kerana mendisiplin dan diri sekejap sahaja mungkin 2-3 tahun tetapi sakit kerana menyesal akibat tidak mendisiplinkan diri boleh mengakibatkan diri kita sengsara, mungkin hingga ke akhirnya.
Oleh itu, mulalah mendisiplinkan diri kita agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari
Bak kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna"


GET POSITIF FRIENDS, NOT NEGATIVE FRIENDS

Kawan yang positif akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang positif , manakala kawan yang negative pula akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang negatif juga 
Oleh itu berhati hatilah ketika memilih kawan kerana merekalah yang akan membantu kita atau membantutkan kita

Renungan bersama

ORANG YANG MENCINTAI ILAHI..

Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh-kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepada-Nya
Sabar menempuh ujian 
Kerana dia tahu ujian itu 
tarbiah daripada-Nya

Orang yang benar-benar mencintai Illahi 
Juga harapkan kebahagiaan di dunia 
Tetap jika tak dapat dimiliki 
Dia harapkan keindahan di sana
Kerana dunia ini hanya pinjaman 
Dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini.



sumber gen Q

Doa di pohon ada waktunya



Waktu waktu disyor berdoa:

  1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh
  2. Selepas setiap solat fardhu 5 waktu
  3. Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib
  4. Antara Azan dan Iqamat atau selepasnya
  5. Ketika bangun tidur
  6. Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam
  7. Ketika hendak keluar dan masuk masjid
  8. Antara takbir solat hari raya
  9. Dalam khutbah jumaat,khutbah hari raya, dan khutbah nikah
  10. Ketika menziarahi Makam Rasullullah SAW di Masjid Nabawi
  11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting
  12. Ketika membaca qunut bagi solat subuh dan lain lain
  13. Tiap tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran
  14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan berasa gelisah
  15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah
  16. Ketika hujan turun
  17. Ketika hendak mengerjakan solat dan sesudah mengerjakannya
  18. Sepanjang malam, terutama satu per tiga malam terakhir dan waktu makan sahur
  19. Ketika khatam Al-Quran  30 juzuk
  20. Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir
sumber majalah gen Q

Wednesday 21 September 2011

Sample Essay For SPM...

An Incident I Will Never Forget


Last week, my pen-pal arrived from Canada. I have told him so much about the lovely beaches and interesting places as well as the courteous people of Malaysia. Hence, it was not surprising that he decided to visit Malaysia.

I was overjoyed when I received the news. I was in a flurry organizing activities as I wanted to impress him with my beautiful country. A day after his arrival, I decided to take him to the famous Teluk Chempedak beach. I was so excited as I wanted to show him my beautiful and courteous people.

We arrived early at Teluk Chempedak. Luckily, the beach was not crowded. We found a nice spot under a casuarina tree and laid our mats and the food basket on the ground. After changing into our swimming trunks, we made a beeline to the beach to enjoy a luxurious swim in the crystal clear, blue sea.

After two hours of swimming at sea, we were hungry. So, we scrambled back to our spot under the tree. We were shocked to find sand strewn on the mats and the food containers. We looked around and noticed three children carrying spades and pails of sand to another mat that was a stone's throw away from us. It was obvious that these three children were responsible for the irresponsible act.

I was fuming but I controlled myself as I did not want a confrontation with this unruly children and spoil our outing. My friend and I quickly cleared the mess and sat down on the clean mats to enjoy our meal.

However, we could not enjoy a pleasurable meal as the annoying children carried on with their annoying antics. They were running and yelling around us on top of their voices. To make things worse, they were throwing sand at one another. As expected, some sand landed on our container of sandwiches. There goes our delicious sandwiches. Still controlling my temper from flaring up, I reprimanded the children. I sternly told them to behave themselves and go somewhere else to play.

What happened next was beyond my comprehension1 The annoying children stared blankly at us and bursted out laughing. One of them was rolling on the sand with laughter. That was the last straw. I got up and went up to their parents who were sitting cosily under a shady casuarina tree.

I told the parents about the whole incident. Instead of sympathizing and reprimanding their children,the father coolly told me to leave the children alone. he also gave a grunted sound and told me to find another place to sit. I was appalled. This could not be happening. I have proudly told my friends that Malaysians are very courteous but this incident has proven me wrong. 

I patiently told the mother to ask her children to leave my friend and I alone. I was shocked with what curtailed. She stood me abruptly, clutching her hips and with a scowl on her face, she started hurling abusive words at me.I was taken aback. I looked at her husband. He sat calmly under the tree reading his crumpled newspaper. By this time,a large crowd gathered around us. The woman kept on rattling unkind and abusive words. Tears rolled down my eyes. I was too shocked to retaliate. 

Suddenly, I felt someone nudging my arm. I turned around and there stood my Canadian friend. He was as pale as a ghost and from his facial expression, i knew that this racket was too much for him

We walked away from away the scene. However, the woman did not stop her yelling and screaming. Without a word, we packed our things and left the beach. 

We did not say a word to each other. Obviously, the commotion was too much for us.Once we were far from the beach i pulled the car to the side. I turned to face my friend.He did the same. I collected my nerves and tried to move my lips to apologize. However, no words came out from my mouth. Instead, a steady stream of tears flowed down my cheeks.

He hugged me and said that he was as sorry as i was about the whole accident. He even reminded me that one bad apple does not spoil the whole crate. I hugged him tightly for being so understanding.

Luckily for me, there was no repeat of this episode throughout Johnny's visit to Malaysia. It's been two days now that he has left for Canada. He has assured me that that he is only taking the sweet memories. After giving me a hug, he reassured me that my country and people are simply amazing. I felt proud being a Malaysian.

Matrikulasi... Saya datang !!!!!

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI

JURUSAN SAINS : M001


Syarat Am
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
  3. Calon SPM semasa
  4. Mendaftar & mengambil peperiksaan berikut
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris 
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik/Biologi
Syarat Minimum
  1. C Bahasa Melayu
  2. C Bahasa Inggeris
  3. B Matematik
  4. C Matematik Tambahan
  5. C Kimia
  6. C Fizik/ Biologi
Kiraan Merit

Mata Pelajaran untuk kiraan merit
  1. Matematik
  2. Matematik Tambahan
  3. 2 dari mata pelajaran berikut(Fizik/Biologi/Kimia/Matepelajaran teknik)
                 
JURUSAN PERAKAUNAN : M003


Syarat Am
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
  3. Calon SPM semasa
  4. Mendaftar & mengambil peperiksaan berikut
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Mana mana 2 matapelajaran berikut(Prinsip pekakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Pengajian Keusahawanan/ Fizik/ Biologi/ Kimi/ Sains/ Sains Tambahan/ Matapelajaran Teknik)
Syarat Minimum
  1. C Bahasa Melayu
  2. C Bahasa Inggeris
  3. C Matematik
  4. E Matematik Tambahan
  5. C dalam 2 subjek berikut(Prinsip Perakauan/ Ekonomi Asas /Perdagangan/Pengajian Keusahawanan/ Fizik/ Biologi/ Kimia/ Sains/ Sains Tambahan/ Matapelajaran teknik)

Kiraan Merit

Mata Pelajaran untuk kiraan merit
  1. Matematik
  2. 3 dari matapelajaran berikut(Matematik Tambahan/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi asas/ Perdagangan/ Pengajian Keusahawanan/ Fizik/ Biologi/ Kimia/ Sains/ Sains Tambahan/ Matapelajaran Teknik)
ALIRAN TEKNIKAL :M007


Syarat Am
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
  3. Calon SPM semasa
  4. Mendaftar & mengambil peperiksaan berikut
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • PKA/PKE/PKM/TK
Syarat Minimum
  1. C Bahasa Melayu
  2. C Bahasa Inggeris
  3. B Matematik
  4. C Matematik Tambahan
  5. C Fizik
  6. C PKA/PKE/PKM/TK
  7. C Kimia
Kiraan Merit

Mata Pelajaran untuk kiraan merit
  1. Matematik
  2. Matematik Tambahan
  3. Fizik/Kimia
  4. PKA/PKE/PKM/TK
SUMBER:BAHAGIAN MATRIKULASI




Tuesday 20 September 2011

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG MUDAH DITERIMA


BERI KERJASAMA TANPA DIMINTA

Tingkatkan sikap mudah menyumbang dan memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu mesti suka menolong orang-orang lain. Ini sangat penting. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang suka menolong orang lain. Orang yang pernah menerima pertolongan menyukai orang yang pernah menolongnya. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh oleh kata-kata, pandangan dan nasihat orang yang pernah menolongnya. Suatu perkara yang menarik adalah, kajian mendapati perkara yang sebaliknya juga berlaku, iaitu seseorang itu cendurung menyukai orang yang pernah ditolongnya.

BERSIKAP BAIK HATI

Jadilah orang yang jujur,ikhlas dan berhati baik. Gambarkan sifat-sifat mulia itu dalam percakapan dan perbualan. Manusia memang suka kepada orang yang memiliki sifat-sifat tersebut. bagi menggambarkan baik,jangna bercakap hal-hal yang negatif. Apabila bercakap, bercakaplah berkenaan perkara-perkara yang baik sahaja,tetapi jangan bersandiwara kerana sebaik-baik orang tahu seseorang itu cuma berpura-pura baik, kesan negatif itu berkekalan. Seseorang itu tidak mungkin dapat membuat orang-orang yang mencurigai kejujuran dan keikhlasannya menyukai dirinya.

SABAR MENDENGAR

Banyakkan mendengar daripada bercakap.Biar orang yang hendak dipengaruhi itu yang mendapat banyak mendapat banyak peluang bercakap. Adalah sifat manusia suka mendengar suaranya sendiri, oleh itu manusia suka kepada orang-orang yang membenarkannya mendengar suaranya sendiri barulah dia bersikap terbuka kepada pandangan dan nasihatnya dan dengan itu barulah kita dapat mempengaruhinya.

MURAH DENGAN PANDANGAN

Tingkatkan kemahiran menarik minat orang lain disebabkan manusia sentiasamanghargai kata-kata pujian. Gunakanlah teknik-teknik yang betul apabila memberi pujian. Selalulah ucapkan kata-kata penghargaan. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang akan bersikap lebih terbuka kepada pendapat dan nasihat orang itu, sebaliknya mereka tidak suka orang yang banyak mengkritik dan menegur mereka keskipun niatnya adalah baik. 

Teknik Bertanya

MENGHILANGKAN RASA MALU

Rasa malu mungkin wujud disebabkan takut diaibkan oleh rakan sekelas. Walaubagaimanapun, sedarkah anda ketika mempelajari matapelajaran yang rumit, selalunya bukan anda seorang sahaja yang tidak faham? Banyak rakan sekelas lain juga bingung untuk memahaminya. Mereka akan mengucapkan terima kasih kepada anda kerana bertanya soalan. Bagi menghilangkan rasa malu anda boleh merapatkan hubungan dengan guru dan rakan sekelas. Anggaplah mereka seperti adik-beradik sendiri. Sedarlah, tidak ada soalan yang salah, usah malu tanyakan sahaja kepada guru.

MENDENGAR DENGAN TELITI

Banyak pelajar menyoal cikgu semata-mata kerana mahu bertanya, tetapi tidak mahu mendengar dengan teliti jawapan yang diberi oleh guru. Apabila guru memberikan penerangan, pasangkan telinga dengan peka. Catatkan penerangan guru di dalam buku nota untuk menguatkan kefahaman. Selepas guru menjawab soalan anda, mungkin masih ada perkara yang anda belum faham. Oleh hal itu, sediakan soalan balas. Pastikan soalan anda terjawab. 

MEMBUAT PERSEDIAAN

Memang tiada soalan yang salah atau bodoh, tetapi kadangkala ada soalan yang memalukan jika anda menanyakannya di bilik darjah tanpa persediaan. Ketika guru mengajar, Dengarlah dengan peka. Jangan menyoal perkara yang telah dijawab oleh guru. Sebelum menghadiri kelas, baca dahulu tentang topik pembelajaran yang akan diterangkan oleh cikgu. Buat soalan lebih awal dan tuliskan di dalam buku nota. Jika anda tidak mengulangkaji dan membaca terlebih dahulu, bagaimanakah anda hendak tahu topik yang mana anda sudah fahami dengan betul, topik yang mana pula masih rumit dan sukar difahami? Jangan menyoal dengan melulu tanpa persediaan.


MENYOAL DENGAN SANTUN

Anda harus menyoal dengan hormat dan bersopan santun. Usah menyampuk pengajaran guru apabila anda tidak faham. Mungkin guru belum habis memberikan penerangan. Usahlah menjadi kurang sabar dan terus menyoal sebelum guru melengkapkan pelajarannya. Angkat tangan dan hanya bercakap apabila guru memberikan peluang. Gunakan bahasa yang mudah dan hormat, serta kata ganti nama yang sesuai. Apabila menyoal, anda sebenarnya meminta belasan guru untuk membantu annda memahami. Oleh hal itu, bertanyalah dengan rendah diri. Setelah guru menjawab pertanyaan anda, jangan lupa mengucapkan terima kasih. 

MENYOAL DENGAN RINGKAS

Ketika bertanya kepada guru, pastikan soalan ringkas agar cikgu anda mudah memahami perkara yang anda tidak faham. Usah menyoal dengan meleret dan terkeluar daripada topik yang sebenar. Hanya bertanya satu soalan dalam satu masa. Jangan menyoal guru dengan bertubi-tubi.


Monday 19 September 2011

Petua Melengkapkan Ruang Untuk Belajar


AKSES KEPADA SUMBER ILMU

Di ruang belajar khas anda itu, akses kepada sumber ilmu amat penting.Anda harus mempunyai tempat untuk menyimpan buku kerana ruang belajar tanpa buku ialah ruang belajar yang tidak lengkap. Mungkin anda perlu menyediakan almari untuk buku teks dan buku ulang kaji. Buku tersebut haruslah disusun secara teratur agar lebih mudah dan pantas untuk anda mengakses maklumat ketika belajar. Anda juga perlu menyediakan rak tertentu untuk meletakkan buku nota atau buku rujukan. Pastikan anda mempunyai akses kepada pelbagai sumber ilmu di ruang belajar. Keratan akhbar dan majalah boleh diletakkan di satu sudut, selain pita video atau kaset perakam. Jika anda mempunyai komputer berinternet, kemudahan ini amat membantu anda kerana terdapat jutaan laman sesawang di alam maya yang dapat membantu anda mengakses maklumat, memudahkan anda belajar dan memahami topik pembelajaran.

KESELESAAN

Keselesaan perlu untuk membantu anda mengulang kaji. Kamar yang terlalu panas atau tersangat sejuk akan menukarkan anda untuk belajar. Jika ruang belajar anda itu terasa hangat pastikan ada kipas angin atau penyaman udara  untuk membantu mendinginkan tubuh. Jika anda berpeluh-peluh bagaimanakah mahu mengulang kaji pelajaran? Pastikan juga terdapat kerusi dan meja yang selesa dan sesuai mengikut saiz tubuh untuk anda belajar. Kerusi yang terlalu keras, tidak ergonomik atau meja yang terlalu besar atau kecil akan menyulitkan pembelajaran dan mungkin membahayakan tulang belakang dan kesihatan anda. Persekitaran yang kotor dan berselerak turut mengganggu pembelajaran anda. Oleh itu, anda perlu membersihkan ruang belajar tersebut dengan kerap. Letakkan pewangi di suatu sudut untuk mengharumkan ruang. Hiasi dinding dengan foto atau poster yang dapat  memberikan motivasi dan menenangkan fikiran kita.Gunakanlah cita rasa sendiri dalam mewujudkan ruang belajar yang kemas selesa dan kondusif untuk pembelajaran anda.

PENCAHAYAAN YANG MENCUKUPI

Pencahayaan adalah antara elemen utama dalam pembelajaran. Cahaya yang terlalu malap akan menggangu kelancaran pembacaan, tumpuan akan mudah terganggu dan anda juga akan mudah mengantuk. Cahaya yang terlalu terang pula akan menyilaukan kertas serta turut merencatkan pembacaan. Jika hal ini berterusan mata anda pula akan rosak.Oleh itu,pastikan ruang belajar anda mempunyai pencahayaan yang cukup untuk memudahkan anda membaca. Selak langsir jika mengulangkaji pada waktu siang hari untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Nyalakan lampu jika anda mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Jika mentol
lampu di ruang belajar anda itu terlalu malap,cuba gunakan lampu tambahan yang diletakkan di atas meja.

RUANG UNTUK BERSENDIRI

Ruang belajar anda haruslah tidak terlalu terdedah kepada gangguan luaran. Lebih baik jika ruangan itu terpencil daripada kebisingan adik beradik yang lain, jauh daripada bau masakan dapur serta mempunyai jarak daripada pemandangan dapat menggangu atau membantutkan pembelajaran anda. Seelok-eloknya carilah ruang yang sunyi untuk anda bersendiri dan mengulang kaji pelajaran. Jika anda terpaksa berkongsi kamar dengan adik beradik yang lain mungkin dapat dibuat sempadan persenidrian masing-masing.JIka kamar yang dikongsi itu terlaluy sempit, aturkan jadual belajar supaya adik beradik anda mempunyai waktu
khas untuk bersendirian mengulangkaji pelajaran. Tutup pintu untuk mengelakkan gangguan. Jika anda mempunyai telefon bimbit, elok juga dimatikan agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada pembelajaran. Ruang belajar ialah ruang untuk anda bersendirian.

SEDIAKAN KAWASAN REHAT

Akhirsekali, ruang anda haruslah mempunyai kawasan untuk berhibur dan menenangkan perasaan. Tidak ada gunanya anda mengulangkaji secara berterusan berjam jam tanpa berehat. Semakin lama anda duduk menelaah, semakin tepu otak anda untuk menerima maklumat. Oleh itu, sediakanlah ruang tertentu untuk rehat. Mungkin anda dapat menyediakan kawasan lapang untuk menunaikan solat dan berdoa. Sebuah sofa yang selesa dapat ditempatkan di satu sudut untuk duduk sambil mendengar muzik atau membaca komik. Mungkin anda dapat menggunakan komputer untuk berborak di internet bersama rakan rakan. Permainan komputer juga dapat membantu menajamkan fikiran anda. Jika anda gemar melukis, sediakan satu ruang untuk anda melukis. Sesungguhnya, ruang belajar tanpa kawasan berehat tidak lengkap. Setelah anda berehat dan berhibur, dapatlah anda menyambung ulangkaji pelajaran dengan lebih bertenaga.

Wednesday 14 September 2011

Belajar jangan sampai stress

MENONTON TELEVISYEN

Nur Amalina, pelajar cemerlang yang mendapat 17A1 suatu ketika dahulu, pernah mengakui bahawa beliau gemar menonton televisyen, termasuk ketika belajar. Beliau mampu mengulang kaji pelajaran di hadapan televisyen dan berhibur sambil membaca buku.Mungkin tidak banyak orang yang mampu melakukan perkara yang sama. Bagi sesetengah pelajar, menonton televisyen mengganggu tumpuan. Namun begitu, ambillah masa untuk berhibur dan menonton televisyen. Pakar motivasi juga menyarankan supaya pelajar menguntukkan sejam sehingga dua jam sehari menonton televisyen. Pemilihan program televisyen juga perlu diberikan perhatian. Tontonlah rancangan yang bermanfaat. Nur Amalina, contohnya, menggemari rancangan dokumentari, seperti National Geographic, The Apprentice  dan Explorace. Banyak ilmu yang dapat dipelajari daripada rancangan televisyen tersebut. Pengetahuan tambahan yang diperoleh dapat membantu pemahaman di kelas. Janganlah hanya menonton rancangan hiburan, nyanyian dan kartun tanpafaedah sahaja, kecuali jika anda mahu menggunakan rancangan hiburan tersebut untuk memahirkan pemahamaan bahasa Inggeris atau apresiasi seni.


BELAJAR DARIPADA MUZIK

Mendengar muzik ialah satu daripada kegemaran pelajar pada waktu lapang. Pelajar yang cemerlang bukan hanya mendengar muzik untuk berhibur, tetapi muzik juga dapat membantunya mempelajari bahasa dan sastera, terutama jika bait liriknya betul-betul difahami. Dengan mendengar serta menghafal lagu Inggeris, anda dapat memahirkan diri dalam bahasa Inggeris dan mempelajari sebutan perkataan dengan betul. Mendengar muzik juga mampu meransang kreativiti dan menenangkan fikiran, selain dapat membantu anda mengulang kaji pelajaran.  Muzik juga dapat menghilangkan rasa mengantuk setelah penat mengulang kaji pelajaran. Kajian turut mendapati bahawa  alunan muzik dapat membuatkan otak kanan berfungsi lebih aktif bagi mengimbangi otak kiri yang letih menerima fakta dan maklumat ketika menelaah pelajaran.

BERMAIN UNTUK MENGHIBUR

Anda juga dapat meluangkan masa dengan bermain permainan komputer atau permainan papan, seperti dam, sahibba dan Monopoli. di internet, ada banyak permainan komputer berbentuk ilmiah yang dapat anda cuba sambil mengasah pembelajaran. Bermain permainan komputer dapat meningkatkan ketangkasan hubungan saraf antara tangan dengan otak serta kecerdasan minda. Catur juga dapat meransang pemikiran. pilihlah permainan yang anda gemari dan ambil sedikit masa untuk berhibur. Ajaklah teman atau adik-beradik dan aturkan perlawanan bersama-sama mereka. Setelah bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran, otak anda seolah-olah menjadi beku kerana terlalu banyak maklumat. Bermain bersama-sama rakan barangkali dapat membantu mencairkannya semula.


SELALU BERIADAH

Selain permainan komputer atau permainan papan, anda juga harus menguntukkan sedikit masa dengan permainan sukan untuk mencergaskan tubuh dan fizikal. Ajaklah teman bersenam, bermain bola, bermain futsal, berenang, berjoging atau bermain sukan lain yang digemari. Keluarkan sedikit peluh kerana terlalu lama menghadap buku dan tidak baik untuk tubuh. Walaubaagaimana pun, janganlah menguntukkan terlalu banyak masa untuk beriadah. usah terlalu galak bersukan hingga larut petang kerana akan memenatkan tubuh dan mengganggu tumpuan ketika anda mengulang kaji pada malamnya. Riadah yang memadai dapat mebcergaskan otak dan fizikal, tetapi jika melebihi had, anda akan berasa lesu dan mengantuk.

HIBURAN DUNIA LUAR

Dunia di luar sana luas dan penuh dengan ilmu. pelajar harus sedar bahawa di mana-mana sahaja, anda dapat berhibur dan mempelajari sesuatu. Anda bolehlah bercuti melihat tempat orang, melawat muzium atau arkib. Nur Amalina gemar berjalan-jalan, membeli-belah dan menonton wayang. menurutnya tidak salah menonton wayang, tetapi harus mengambil manfaat daripadanya. Anggaplah hiburan sebagai hadiah pengiktirafan setelah anda penat menelaah pelajaran. sebenarnya, kesemua  petua tentang berhibur adalah untuk mereka yang bertungkus-lumus belajar. Ambillah masa untuk berhibur membersihkan otak yang tepu dengan pelajaran. Jika anda tidak belajar bersungguh-sungguh, usahlah mahu berhibur. Seperti kata Nur Amalina lagi, jikalau belajar pun main-main, tidak layak untuk seseorang itu berhibur.


credited to dewan siswa

Tuesday 13 September 2011

Bagaimana menghadapi kegagalan??


BERANI GAGAL

Pertamanya, sebelum menghadapi kegagalan,anda harus berani menerimanya. Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu. Orang yang berjaya pernah gagal dalam hidupnya. Jika tidak gagal, bagaimanakah mahu belajar daripada kesilapan? tidak banyak kejayaan yang serta-merta datang bergolek tanpa percubaan atau setelah anda mencubanya hanya sekali. Setiap kejayaan memerlukan anda mencubanya berkali-kali, sama seperti ketika Thomas Edison mencipta mentol. Anda mungkin gagal beberapa kali, tetapi beliau mencuba dan gagal beratus-ratus kali. Walaupun setiap percubaannya tidak berjaya, namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau sedar, setiap kegagalan makin menghampirkannya kepada kejayaan. Kadangkala kerana takutkan kegagalan, ada pelajar yang berasa gentar untuk mencuba melakukan sesuatu sehingga tidak mahu menghadiri peperiksaan kerana bimbang gagal dan menerima keputusan tidak baik. Setelah menghadapi kegagalan, ada pula pelajar yang menjadi berat hati untuk mencuba lagi. Semua tabiat tersebut berpunca daripada pengetahuan yang cetek dan tidak menyedari bahawa kegagalan  perlu sebelum menempa kejayaan. Cuba anda fikirkan sejenak, apakah yang sebenarnya akan terjadi jika anda gagal, jika difikirkan betul-betul, tiada apa-apa sangat yang akan berlaku hanyalah pengajaran bagi anda untuk mencuba lagi pada masa hadapan. Oleh itu, beranikanlah diri untuk gagal kerana sesungguhnya, gagal adalah sifat orang berjaya.

HINDARI RASA MALU

Pelajar yang tidak mahu mencuba bukan kerana gentarkan kegagalan, tetapi takut dimalukan di hadapan rakan kelas atau khalayak ramai. Perasaan ini perlu dikikis kerana tidak bermanfaat dan tidak berasas. Sebenarnya, rakan atau orang lain tidak kisah pun tentang kegagalan anda. Kajian mendapati bahawa orang ramai dengan mudah dan sekelip mata sahaja melupakan kegagalan orang lain. Cuma individu yang gagal itu sahaja yang terlalu merisaukannya. Oleh itu, tidak ada gunanya berasa malu dan memikirkan pendapat orang lain kerana mereka tidak peduli pun tentang kegagalan anda, malahan lebih menanti-nanti kejayaan anda.


BELAJAR DARI KESILAPAN

Anda tidak akan memperoleh apa-apa manfaat daripada satu kegagalan jika anda tidak bermuhasabah serta belajar dari kesilapan. Tanpa mengetahui di manakah silapnya, besar kemungkinan anda akan mengulang kegagalan yang sama berkali-kali. Mungkin kegagalan tersebut membuatkan anda emosional. Oleh itu, ambil sedikit waktu untuk menenangkan fikiran sebelum bermuhasabah. Fikirkan kembali apakah tindak-tanduk anda yang menyebabkan kegagalan tersebut? Renungkan apa-apa yang perlu anda ubah untuk mencapai kejayaan. Belajarlah dari kegagalan.


LUPAKAN KEGAGALAN

kadaangkala terlalu fokus  kepada kegagalan, sukar untuk anda menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan. kadangkala kegagalan yang lepas membuatkan anda gentar. elakkan diri daripada terlalu memikirkan kegagalan, sama ada yang sudah atau belum berlaku.  buang perasaan negatif. bak kata bijak pandai,apabila ada satu pintu tertutup pintu di hadapan anda, tentu ada pintu lain yang terbuka,anda hanya perlu mencarinya sahaja. cuba pusatkan pemikiran anda kepada destinasi yang mahu dituju. jika anda pernah gagal setelah belajar dari kesilapan, lupakan kegagalan itu dan terus berusaha. buangkan yang keruh dan ambil yang jernih dan cuba bayangkan kejayaan yang akan ditempuhi. 

JANGAN BERPUTUS ASA

Salah satu kesanburuk kegagalan ialah dapat membuatkan seseorang penuntut berputus asa .Kegagalan umpama titik hitam dalam hidup seseorang. Ingatlah bahawa smakin banyak kali anda gagal, semakin hampir anda kepada kejayaan, itulah prinsip Thomas Edison ketika gagal beratus ratus kali.Sekiranya beliau berputus asa setelah beratus kali mencuba lalu berhenti dan membiarkan dirinya murung mengenangkan nasib buruknya, mungkin hingga kini, kita bergelap tanpa cahaya mentol.Barang kali juga ada orang lain dalam sejarah yang akan mencipta mentol, menggantikan Thomas Edison.Jika itu yang berlaku, nama Thomas Edison akan hilang dan dilupakan dalam sejarah atau diingati sebagai seorang yang gagal dan berputus asa.Oleh itu ,teruslah berjuang dan menghadapi semua kegagalan. Suatu hari nanti, tentu ada cahaya kejayaan yang akan bersinar gemilang dalam hidup anda. 
  
credited to dewan siswa

Monday 12 September 2011

Panduan Mengurus Masa


SELAMATKAN MASA ANDA

Lihat jadual waktu anda. Adakah anda terlebih meluangkan masa pada perkara yang tidak penting? apabila anda hanya memerlukan sedikit masa kenapa menghabiskan sebahagian besar daripada masa yang anda ada? Katakan anda hilang 30 minit bagi melakukan satu kerja yang tidak penting dan terdapat tiga lagi tugasan yang sama. Hal ini bermakna dalam masa sehari anda hilang satu jam setengah bagaimana sekiranya ia berlaku dalam masa  7 harisudah tentu ia lebih banyak bukan? Oleh itu kenal pasti dari sekarang apakah perkara-perkara yang mencuri masa anda.

PATUHI JAM ANDA

Jam adalah penunjuk kepada masa dan perjalanan setiap hari anda membuat jadual waktu mengikut masa. Ramai orang tidak menyedari kekuasaan jam yang mereka miliki . Jam sebaiknya dipatuhi apabila anda hhendak berjaya dan cemerlang dalam hidup.Jangan berdalih dengan jam anda menangguh-nangguhkan kerja lewat,membazirkan masa, tidak menepati janji dan sebagainya  

HORMATI JADUAL WAKTU ANDA

Selain mematuhi jam anda, anda juga perlu menghormati jadual waktu anda . anda sudah memerah otak bagi memikirkan jadual yang terbaik untuk anda , Anda membuatnya dengan penuh motivasi dengan keyakinan bagi berjaya dalam hidup. Tiba-tiba anda hendak mempermainkannya ? dimana letaknya hala diri anda apabila anda memperlekehkan hasil usaha keyakinan diri sendiri. Hormatilah diri anda sendiri. Hormatilah jaual waktu anda.

ISI MASA YANG TERSEMBUNYI

Sedar atau pun tidak terdapat banyak masa tersembunyi yang dapat di manfaatkan contohnya apabila anda sedang menunggu bas perjalanan ke rumah menunggu rakan dipadang, selang antara dua waktu dan banyak lagi apa yang biasa pelajar buat pada masa sebegini berbual ? bersembang ? termenung ? banyak lagi perkara yang belumtentu mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri.Janganlah begitu!
isilah masa-masaini denganperkara yang berfaedah bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


JADILAH SEORANG PENCURI MASA

orang yang bijak bukan sahaj pandai menggunakan masanya sahaja malah mereka juga pandai menggunakan masa orang lain . Bagaimana? mereka pandai bekerjasama dengan rakan rakan sekeliling bagi melakukan kerja bersama. Apabila ada kelapangan dan masa terbuang . dia mengagihkan kerjadan bekerja di dalam satu kumpulan . Tetapi bukanlah bermakna anda perlu menjadi seorang yang pemalas(yang lain bukan tugas anda rehat) selepas mengagih tugasperbincangan dalam kumpulan yyang lebih besar boleh dijalankan.

BANTULAH ORANG LAIN


memberi bantuan kepada orang lain secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kesedaran anda mengenai kualiti masa anda sendiri .Apabila anda menolong orang lain , anda seolah olah masuk ke dalam masa mereka dengan ini anda dapat membandingkan kualiti masa anda dengan mereka. Kemudian lakukan sesuatu yang akan menaikkan kecemerlangan diri 


credited to Fadzli Yusof

Friday 9 September 2011

Visi Misi UBK

VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.

MISI
Untuk merealisasikan visi kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan