Monday, 12 September 2011

Panduan Mengurus Masa


SELAMATKAN MASA ANDA

Lihat jadual waktu anda. Adakah anda terlebih meluangkan masa pada perkara yang tidak penting? apabila anda hanya memerlukan sedikit masa kenapa menghabiskan sebahagian besar daripada masa yang anda ada? Katakan anda hilang 30 minit bagi melakukan satu kerja yang tidak penting dan terdapat tiga lagi tugasan yang sama. Hal ini bermakna dalam masa sehari anda hilang satu jam setengah bagaimana sekiranya ia berlaku dalam masa  7 harisudah tentu ia lebih banyak bukan? Oleh itu kenal pasti dari sekarang apakah perkara-perkara yang mencuri masa anda.

PATUHI JAM ANDA

Jam adalah penunjuk kepada masa dan perjalanan setiap hari anda membuat jadual waktu mengikut masa. Ramai orang tidak menyedari kekuasaan jam yang mereka miliki . Jam sebaiknya dipatuhi apabila anda hhendak berjaya dan cemerlang dalam hidup.Jangan berdalih dengan jam anda menangguh-nangguhkan kerja lewat,membazirkan masa, tidak menepati janji dan sebagainya  

HORMATI JADUAL WAKTU ANDA

Selain mematuhi jam anda, anda juga perlu menghormati jadual waktu anda . anda sudah memerah otak bagi memikirkan jadual yang terbaik untuk anda , Anda membuatnya dengan penuh motivasi dengan keyakinan bagi berjaya dalam hidup. Tiba-tiba anda hendak mempermainkannya ? dimana letaknya hala diri anda apabila anda memperlekehkan hasil usaha keyakinan diri sendiri. Hormatilah diri anda sendiri. Hormatilah jaual waktu anda.

ISI MASA YANG TERSEMBUNYI

Sedar atau pun tidak terdapat banyak masa tersembunyi yang dapat di manfaatkan contohnya apabila anda sedang menunggu bas perjalanan ke rumah menunggu rakan dipadang, selang antara dua waktu dan banyak lagi apa yang biasa pelajar buat pada masa sebegini berbual ? bersembang ? termenung ? banyak lagi perkara yang belumtentu mendatangkan faedah kepada diri mereka sendiri.Janganlah begitu!
isilah masa-masaini denganperkara yang berfaedah bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


JADILAH SEORANG PENCURI MASA

orang yang bijak bukan sahaj pandai menggunakan masanya sahaja malah mereka juga pandai menggunakan masa orang lain . Bagaimana? mereka pandai bekerjasama dengan rakan rakan sekeliling bagi melakukan kerja bersama. Apabila ada kelapangan dan masa terbuang . dia mengagihkan kerjadan bekerja di dalam satu kumpulan . Tetapi bukanlah bermakna anda perlu menjadi seorang yang pemalas(yang lain bukan tugas anda rehat) selepas mengagih tugasperbincangan dalam kumpulan yyang lebih besar boleh dijalankan.

BANTULAH ORANG LAIN


memberi bantuan kepada orang lain secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kesedaran anda mengenai kualiti masa anda sendiri .Apabila anda menolong orang lain , anda seolah olah masuk ke dalam masa mereka dengan ini anda dapat membandingkan kualiti masa anda dengan mereka. Kemudian lakukan sesuatu yang akan menaikkan kecemerlangan diri 


credited to Fadzli Yusof

No comments:

Post a Comment