Tingkatkan sikap mudah menyumbang dan memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu mesti suka menolong orang-orang lain. Ini sangat penting. Manusia suka kepada manusia-manusia lain yang suka menolong orang lain. Orang yang pernah menerima pertolongan menyukai orang yang pernah menolongnya. Kajian-kajian pakar psikologi mendapati orang yang pernah menerima pertolongan mudah terpengaruh oleh kata-kata, pandangan dan nasihat orang yang pernah menolongnya. Suatu perkara yang menarik adalah, kajian mendapati perkara yang sebaliknya juga berlaku, iaitu seseorang itu cendurung menyukai orang yang pernah ditolongnya.
BERSIKAP BAIK HATI
Jadilah orang yang jujur,ikhlas dan berhati baik. Gambarkan sifat-sifat mulia itu dalam percakapan dan perbualan. Manusia memang suka kepada orang yang memiliki sifat-sifat tersebut. bagi menggambarkan baik,jangna bercakap hal-hal yang negatif. Apabila bercakap, bercakaplah berkenaan perkara-perkara yang baik sahaja,tetapi jangan bersandiwara kerana sebaik-baik orang tahu seseorang itu cuma berpura-pura baik, kesan negatif itu berkekalan. Seseorang itu tidak mungkin dapat membuat orang-orang yang mencurigai kejujuran dan keikhlasannya menyukai dirinya.
SABAR MENDENGAR
Banyakkan mendengar daripada bercakap.Biar orang yang hendak dipengaruhi itu yang mendapat banyak mendapat banyak peluang bercakap. Adalah sifat manusia suka mendengar suaranya sendiri, oleh itu manusia suka kepada orang-orang yang membenarkannya mendengar suaranya sendiri barulah dia bersikap terbuka kepada pandangan dan nasihatnya dan dengan itu barulah kita dapat mempengaruhinya.
MURAH DENGAN PANDANGAN
Tingkatkan kemahiran menarik minat orang lain disebabkan manusia sentiasamanghargai kata-kata pujian. Gunakanlah teknik-teknik yang betul apabila memberi pujian. Selalulah ucapkan kata-kata penghargaan. Manusia mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang pandai memberi pengiktirafan dan penghargaan kepadanya. Orang yang pernah menerima pengiktirafan, pujian dan penghargaan daripada seseorang akan bersikap lebih terbuka kepada pendapat dan nasihat orang itu, sebaliknya mereka tidak suka orang yang banyak mengkritik dan menegur mereka keskipun niatnya adalah baik.
No comments:
Post a Comment