SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH
SAYA HANYA KALAH SEKIRANYA TIDAK BANGUN SEMULA
Sekali jatuh, dan tidak bangun semula untuk mengejar apa yang dicari ini bermakna kita kalah
dan sekiranya kita jatuh atau gagal sepuluh kali tetapi kita masih mampu berdiri dan bangun semula untuk mengejar semua impian dan harapan ini bermakna kita tidak kalah
hanya orang yang bagun dan terus bangun yang akan mencapai kejayaan di dalam hidup
Oleh itu dalam apa jua musibah yang terjadi jangan sesekali kita berputus asa kerana ia dapat memutuskan jalan kita untuk mencapai kejayaan, perbetulkan kesilapan dan nescaya kejayaan menanti anda
TUKARKAN "SAYA TAK BOLEH" KEPADA "SAYA BOLEH"
Semangat saya boleh akan memberikan rangsangan yang positif dan ia akan mondorong kita dalam mencapai visi hidup kita . Apabila kita bersifat optimis dan menyakini kebolehan diri sendiri, ia dapat menyalurkan tenaga tambahan yang diperlukan untuk berjaya di dalam sesebuah bidang
Jadi berkatalah"Saya Boleh" nescaya dengan usaha yang berterusan kita akan mencapai kejayaan.
SETIAP ORANG PERLU MENGHADAPI 2 KESAKITAN
SAKIT KERANA MENDISIPLINKAN DIRI
DAN SAKIT KERANA MENYESAL
Oleh itu, mulalah mendisiplinkan diri kita agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari
Bak kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna"
Kawan yang positif akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang positif , manakala kawan yang negative pula akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang negatif juga
Oleh itu berhati hatilah ketika memilih kawan kerana merekalah yang akan membantu kita atau membantutkan kita
No comments:
Post a Comment