Saturday 24 September 2011

Cara-cara meningkatkan daya ingatan


Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, anda akan menghadapi peperiksaan yang penting tak lama lagi.Oleh itu pelbagai usaha yang perlu anda lakukan bagi mencapai apa yang anda inginkan.Berikut merupaka cara cara untuk meningkatkan daya ingatan kita:
  1. Elakkan makan kepala ikan
  2. Elakkan makan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, paru dan sebagainya
  3. Makan awal sebelum malam iaitu sebelum masuk maghrib
  4. Elakkan melakukan maksiat, perbanyakkan solat hajat dan zikir kepada Allah
  5. Elakkan minum sambil makan
  6. Elakkan daripada memandang najis
  7. Banyakkan makan kismis, kurma, buah tin, buah badam dan sebagainya yang berkhasiat dan bagus untuk minda
  8. Minum air Zam-zam
  9. Makan halia atau minum air halia
  10. Elakkan makanan yang diragui kehalalannya 
  11. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang
  12. Ambillah makanan tambahan yang boleh memperkuatkan daya ingatan
Antara makanan yang membantu dalam menguatkan daya ingatan ialah
  • Buah anggur hitam 
  • Kismis
  • Kurma 
  • Madu lebah 
  • Halia
  • Buah badam
  • Epal
  • Ikan tuna 
  • Tempe
  • Soya


Selain itu Oksigen juga penting dalam merangsang otak kita untuk sentiasa cergas dan aktif. Cara pernafasan yang paling efektif ialah tarik nafas sepanjang 7 kiraan, tahan untuk 14 kiraan dan hembus. Lakukan aktiviti ini secara berulang terutamanya ketika letih

Jangan lupakan kepada Allah kerana jika kita sentiasa ingat kepadaNya ia boleh menajamkan fikiran kita
amalkan zikir sebanyak yang boleh.

No comments:

Post a Comment