Pertamanya, sebelum menghadapi kegagalan,anda harus berani menerimanya. Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu. Orang yang berjaya pernah gagal dalam hidupnya. Jika tidak gagal, bagaimanakah mahu belajar daripada kesilapan? tidak banyak kejayaan yang serta-merta datang bergolek tanpa percubaan atau setelah anda mencubanya hanya sekali. Setiap kejayaan memerlukan anda mencubanya berkali-kali, sama seperti ketika Thomas Edison mencipta mentol. Anda mungkin gagal beberapa kali, tetapi beliau mencuba dan gagal beratus-ratus kali. Walaupun setiap percubaannya tidak berjaya, namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau sedar, setiap kegagalan makin menghampirkannya kepada kejayaan. Kadangkala kerana takutkan kegagalan, ada pelajar yang berasa gentar untuk mencuba melakukan sesuatu sehingga tidak mahu menghadiri peperiksaan kerana bimbang gagal dan menerima keputusan tidak baik. Setelah menghadapi kegagalan, ada pula pelajar yang menjadi berat hati untuk mencuba lagi. Semua tabiat tersebut berpunca daripada pengetahuan yang cetek dan tidak menyedari bahawa kegagalan perlu sebelum menempa kejayaan. Cuba anda fikirkan sejenak, apakah yang sebenarnya akan terjadi jika anda gagal, jika difikirkan betul-betul, tiada apa-apa sangat yang akan berlaku hanyalah pengajaran bagi anda untuk mencuba lagi pada masa hadapan. Oleh itu, beranikanlah diri untuk gagal kerana sesungguhnya, gagal adalah sifat orang berjaya.
HINDARI RASA MALU
Pelajar yang tidak mahu mencuba bukan kerana gentarkan kegagalan, tetapi takut dimalukan di hadapan rakan kelas atau khalayak ramai. Perasaan ini perlu dikikis kerana tidak bermanfaat dan tidak berasas. Sebenarnya, rakan atau orang lain tidak kisah pun tentang kegagalan anda. Kajian mendapati bahawa orang ramai dengan mudah dan sekelip mata sahaja melupakan kegagalan orang lain. Cuma individu yang gagal itu sahaja yang terlalu merisaukannya. Oleh itu, tidak ada gunanya berasa malu dan memikirkan pendapat orang lain kerana mereka tidak peduli pun tentang kegagalan anda, malahan lebih menanti-nanti kejayaan anda.
BELAJAR DARI KESILAPAN
Anda tidak akan memperoleh apa-apa manfaat daripada satu kegagalan jika anda tidak bermuhasabah serta belajar dari kesilapan. Tanpa mengetahui di manakah silapnya, besar kemungkinan anda akan mengulang kegagalan yang sama berkali-kali. Mungkin kegagalan tersebut membuatkan anda emosional. Oleh itu, ambil sedikit waktu untuk menenangkan fikiran sebelum bermuhasabah. Fikirkan kembali apakah tindak-tanduk anda yang menyebabkan kegagalan tersebut? Renungkan apa-apa yang perlu anda ubah untuk mencapai kejayaan. Belajarlah dari kegagalan.
LUPAKAN KEGAGALAN
kadaangkala terlalu fokus kepada kegagalan, sukar untuk anda menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan. kadangkala kegagalan yang lepas membuatkan anda gentar. elakkan diri daripada terlalu memikirkan kegagalan, sama ada yang sudah atau belum berlaku. buang perasaan negatif. bak kata bijak pandai,apabila ada satu pintu tertutup pintu di hadapan anda, tentu ada pintu lain yang terbuka,anda hanya perlu mencarinya sahaja. cuba pusatkan pemikiran anda kepada destinasi yang mahu dituju. jika anda pernah gagal setelah belajar dari kesilapan, lupakan kegagalan itu dan terus berusaha. buangkan yang keruh dan ambil yang jernih dan cuba bayangkan kejayaan yang akan ditempuhi.
JANGAN BERPUTUS ASA
Salah satu kesanburuk kegagalan ialah dapat membuatkan seseorang penuntut berputus asa .Kegagalan umpama titik hitam dalam hidup seseorang. Ingatlah bahawa smakin banyak kali anda gagal, semakin hampir anda kepada kejayaan, itulah prinsip Thomas Edison ketika gagal beratus ratus kali.Sekiranya beliau berputus asa setelah beratus kali mencuba lalu berhenti dan membiarkan dirinya murung mengenangkan nasib buruknya, mungkin hingga kini, kita bergelap tanpa cahaya mentol.Barang kali juga ada orang lain dalam sejarah yang akan mencipta mentol, menggantikan Thomas Edison.Jika itu yang berlaku, nama Thomas Edison akan hilang dan dilupakan dalam sejarah atau diingati sebagai seorang yang gagal dan berputus asa.Oleh itu ,teruslah berjuang dan menghadapi semua kegagalan. Suatu hari nanti, tentu ada cahaya kejayaan yang akan bersinar gemilang dalam hidup anda.
No comments:
Post a Comment