Di ruang belajar khas anda itu, akses kepada sumber ilmu amat penting.Anda harus mempunyai tempat untuk menyimpan buku kerana ruang belajar tanpa buku ialah ruang belajar yang tidak lengkap. Mungkin anda perlu menyediakan almari untuk buku teks dan buku ulang kaji. Buku tersebut haruslah disusun secara teratur agar lebih mudah dan pantas untuk anda mengakses maklumat ketika belajar. Anda juga perlu menyediakan rak tertentu untuk meletakkan buku nota atau buku rujukan. Pastikan anda mempunyai akses kepada pelbagai sumber ilmu di ruang belajar. Keratan akhbar dan majalah boleh diletakkan di satu sudut, selain pita video atau kaset perakam. Jika anda mempunyai komputer berinternet, kemudahan ini amat membantu anda kerana terdapat jutaan laman sesawang di alam maya yang dapat membantu anda mengakses maklumat, memudahkan anda belajar dan memahami topik pembelajaran.
KESELESAAN
Keselesaan perlu untuk membantu anda mengulang kaji. Kamar yang terlalu panas atau tersangat sejuk akan menukarkan anda untuk belajar. Jika ruang belajar anda itu terasa hangat pastikan ada kipas angin atau penyaman udara untuk membantu mendinginkan tubuh. Jika anda berpeluh-peluh bagaimanakah mahu mengulang kaji pelajaran? Pastikan juga terdapat kerusi dan meja yang selesa dan sesuai mengikut saiz tubuh untuk anda belajar. Kerusi yang terlalu keras, tidak ergonomik atau meja yang terlalu besar atau kecil akan menyulitkan pembelajaran dan mungkin membahayakan tulang belakang dan kesihatan anda. Persekitaran yang kotor dan berselerak turut mengganggu pembelajaran anda. Oleh itu, anda perlu membersihkan ruang belajar tersebut dengan kerap. Letakkan pewangi di suatu sudut untuk mengharumkan ruang. Hiasi dinding dengan foto atau poster yang dapat memberikan motivasi dan menenangkan fikiran kita.Gunakanlah cita rasa sendiri dalam mewujudkan ruang belajar yang kemas selesa dan kondusif untuk pembelajaran anda.
PENCAHAYAAN YANG MENCUKUPI
Pencahayaan adalah antara elemen utama dalam pembelajaran. Cahaya yang terlalu malap akan menggangu kelancaran pembacaan, tumpuan akan mudah terganggu dan anda juga akan mudah mengantuk. Cahaya yang terlalu terang pula akan menyilaukan kertas serta turut merencatkan pembacaan. Jika hal ini berterusan mata anda pula akan rosak.Oleh itu,pastikan ruang belajar anda mempunyai pencahayaan yang cukup untuk memudahkan anda membaca. Selak langsir jika mengulangkaji pada waktu siang hari untuk membenarkan cahaya matahari masuk. Nyalakan lampu jika anda mengulangkaji pelajaran pada waktu malam. Jika mentol
lampu di ruang belajar anda itu terlalu malap,cuba gunakan lampu tambahan yang diletakkan di atas meja.
RUANG UNTUK BERSENDIRI
Ruang belajar anda haruslah tidak terlalu terdedah kepada gangguan luaran. Lebih baik jika ruangan itu terpencil daripada kebisingan adik beradik yang lain, jauh daripada bau masakan dapur serta mempunyai jarak daripada pemandangan dapat menggangu atau membantutkan pembelajaran anda. Seelok-eloknya carilah ruang yang sunyi untuk anda bersendiri dan mengulang kaji pelajaran. Jika anda terpaksa berkongsi kamar dengan adik beradik yang lain mungkin dapat dibuat sempadan persenidrian masing-masing.JIka kamar yang dikongsi itu terlaluy sempit, aturkan jadual belajar supaya adik beradik anda mempunyai waktu
khas untuk bersendirian mengulangkaji pelajaran. Tutup pintu untuk mengelakkan gangguan. Jika anda mempunyai telefon bimbit, elok juga dimatikan agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada pembelajaran. Ruang belajar ialah ruang untuk anda bersendirian.
SEDIAKAN KAWASAN REHAT
Akhirsekali, ruang anda haruslah mempunyai kawasan untuk berhibur dan menenangkan perasaan. Tidak ada gunanya anda mengulangkaji secara berterusan berjam jam tanpa berehat. Semakin lama anda duduk menelaah, semakin tepu otak anda untuk menerima maklumat. Oleh itu, sediakanlah ruang tertentu untuk rehat. Mungkin anda dapat menyediakan kawasan lapang untuk menunaikan solat dan berdoa. Sebuah sofa yang selesa dapat ditempatkan di satu sudut untuk duduk sambil mendengar muzik atau membaca komik. Mungkin anda dapat menggunakan komputer untuk berborak di internet bersama rakan rakan. Permainan komputer juga dapat membantu menajamkan fikiran anda. Jika anda gemar melukis, sediakan satu ruang untuk anda melukis. Sesungguhnya, ruang belajar tanpa kawasan berehat tidak lengkap. Setelah anda berehat dan berhibur, dapatlah anda menyambung ulangkaji pelajaran dengan lebih bertenaga.
No comments:
Post a Comment