Tuesday, 11 October 2011

akhir tahun

tahniah kepada pelajar tingkatan 3 yang telah berjaya menamatkan perjuangan di medan peperangan PMR....
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5, semoga berjaya berjuang di medan SPM pada bulan hadapan...manakala pelajar tingkatan 1,2 dan 4 pula....diharapkan mendapat keputusan yang cemerlang pada kali ini...






Saturday, 1 October 2011

keputusan pertandingan blog daerah

alhamdulillah...pertandingan merekayasa unit bimbingan dan kaunseling dah tamat...

keputusan sedikit memihak kepada pihak ubk semesti..

ubk semesti telah mendapat tempat ke-2...

walaupun agak sedih tidak mendapat johan..kami bersyukur dan insyaAllah kami akan cuba pada masa akan datang..

pada johan pertandingan smk seri perak, teluk intan tahniah kami ucapkan...

gambar sewaktu pertandingan akan dimuat naik tidak lama lagi..

Thursday, 29 September 2011

best way of study at the eleventh hour..


discussion with friends..
make an output revision with several friends and you will see the difference in your result..
try your best...

adab berdoa untuk pelajar

sebagai pelajar, setiap usaha anda haruslah disertakan dengan doa. Dalam kehidupan sebagai pelajar, tidak semua yang berlaku boleh anda kawal. Anda tidak akan dapat meneka susunan takdir. Doa memberikan ketenangan dan motivasi, serta menyuluh jalan ketika susah dan senang. Kali ini, ikutlah beberapa petua tentang adab berdoa.

TIP 1 :
membersihkan rohani dan jasmani..

TIP 2 :
berdoa dengan khusyuk..

TIP 3 :
memahami maksud doa..

TIP 4 :
memilih waktu dan tempat yang sesuai..

TIP 5 :
berdoa dengan serius..

jadi..dengan adanya tip-tip yang berguna ini..amal-amalkan lah ya...

Saturday, 24 September 2011

Cara-cara meningkatkan daya ingatan


Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, anda akan menghadapi peperiksaan yang penting tak lama lagi.Oleh itu pelbagai usaha yang perlu anda lakukan bagi mencapai apa yang anda inginkan.Berikut merupaka cara cara untuk meningkatkan daya ingatan kita:
  1. Elakkan makan kepala ikan
  2. Elakkan makan organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, paru dan sebagainya
  3. Makan awal sebelum malam iaitu sebelum masuk maghrib
  4. Elakkan melakukan maksiat, perbanyakkan solat hajat dan zikir kepada Allah
  5. Elakkan minum sambil makan
  6. Elakkan daripada memandang najis
  7. Banyakkan makan kismis, kurma, buah tin, buah badam dan sebagainya yang berkhasiat dan bagus untuk minda
  8. Minum air Zam-zam
  9. Makan halia atau minum air halia
  10. Elakkan makanan yang diragui kehalalannya 
  11. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang
  12. Ambillah makanan tambahan yang boleh memperkuatkan daya ingatan
Antara makanan yang membantu dalam menguatkan daya ingatan ialah
  • Buah anggur hitam 
  • Kismis
  • Kurma 
  • Madu lebah 
  • Halia
  • Buah badam
  • Epal
  • Ikan tuna 
  • Tempe
  • Soya


Selain itu Oksigen juga penting dalam merangsang otak kita untuk sentiasa cergas dan aktif. Cara pernafasan yang paling efektif ialah tarik nafas sepanjang 7 kiraan, tahan untuk 14 kiraan dan hembus. Lakukan aktiviti ini secara berulang terutamanya ketika letih

Jangan lupakan kepada Allah kerana jika kita sentiasa ingat kepadaNya ia boleh menajamkan fikiran kita
amalkan zikir sebanyak yang boleh.

Friday, 23 September 2011

Teori Kemahiran Pelajar

TEORI KEMAHIRAN BELAJAR STEPHEN R. COVEY

Bertanggungjawab pada diri sendiri

Tanggungjawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya

Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda 

Dahulukan mana yang penting 

Lakukanlah dahulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan .

Anggap anda berada dalam 'win win situation'

Anggaplah rakan yang anda banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik di dalam kelas

Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda

Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu unbtuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut.Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut

Cari penyelesaian yang lebih baik

Apabila anda tidak memahami  tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau guru pembimbing anda. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

Cabar diri sendiri secara berkesinambungan

Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengayikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.


Thursday, 22 September 2011


SAYA TIDAK KALAH APABILA BERADA DI BAWAH 
SAYA HANYA KALAH SEKIRANYA TIDAK BANGUN SEMULA
be the best cause you the key of your success

Sekali jatuh, dan tidak bangun semula untuk mengejar apa yang dicari ini bermakna kita kalah
dan sekiranya kita jatuh atau gagal sepuluh kali tetapi kita masih mampu berdiri dan bangun semula untuk mengejar semua impian dan harapan ini bermakna kita  tidak kalah 
hanya orang yang bagun dan terus bangun yang akan mencapai kejayaan di dalam hidup
Oleh itu dalam apa jua musibah yang terjadi jangan sesekali kita berputus asa kerana ia dapat memutuskan jalan kita untuk mencapai kejayaan, perbetulkan kesilapan dan nescaya kejayaan menanti anda


TUKARKAN "SAYA TAK BOLEH" KEPADA "SAYA BOLEH"

Semangat saya boleh akan memberikan rangsangan yang positif dan ia akan mondorong kita dalam mencapai visi hidup kita . Apabila kita bersifat optimis dan menyakini kebolehan diri sendiri, ia dapat menyalurkan tenaga tambahan yang diperlukan untuk berjaya di dalam sesebuah bidang
Jadi berkatalah"Saya Boleh" nescaya dengan usaha yang berterusan kita akan mencapai kejayaan.

SETIAP ORANG PERLU MENGHADAPI 2 KESAKITAN
SAKIT KERANA MENDISIPLINKAN DIRI
DAN SAKIT KERANA MENYESAL


Selalunya sakit kerana mendisiplin dan diri sekejap sahaja mungkin 2-3 tahun tetapi sakit kerana menyesal akibat tidak mendisiplinkan diri boleh mengakibatkan diri kita sengsara, mungkin hingga ke akhirnya.
Oleh itu, mulalah mendisiplinkan diri kita agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari
Bak kata pepatah "Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna"


GET POSITIF FRIENDS, NOT NEGATIVE FRIENDS

Kawan yang positif akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang positif , manakala kawan yang negative pula akan mendorong kita untuk melakukan perkara yang negatif juga 
Oleh itu berhati hatilah ketika memilih kawan kerana merekalah yang akan membantu kita atau membantutkan kita